ABU Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh), kemudian pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai), maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta.
“Sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina.
“Sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk.
“Sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam.
“Sesiapa yang datang sebagai orang kelima, sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur.
“Apabila imam menaiki mimbar, maka malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.”
Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masanya. Contohnya, Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini.
Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan lain.Allah juga melebihkan Jumaat daripada segala hari lain dalam seminggu. Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hamba-Nya.
Segala permohonan hamba dikabulkan jika permohonan itu menepati waktu yang dinamakan waktu mustajab.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar daripada Aidiladha dan Aidilfitri.
“Pada Jumaat ada lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan baginda diturunkan dari syurga ke bumi. Pada hari itu juga wafatnya Adam dan Allah mengurniakan satu saat doa dikabulkan kecuali doa maksiat dan pada Jumaat jugaakan berlaku hari kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Pada hari itu, setiap orang yang pergi menunaikan solat Jumaat disediakan ganjaran besar, yang tidak ada pada hari lain.
Malangnya, ada antara kita yang berasakan Jumaat, sama seperti hari lain. Hal ini menyebabkan mereka mengisi Jumaat dengan hati kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah. Golongan ini bukan saja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah lupa pada azab Allah yang bakal menimpanya.Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari itu.
p/s : Aku pun selalu dtg lambat.. agaknye dapat apa ek... renung² kan dan selamat beramal...
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace