Thursday, June 18, 2009

Ku Merindui-Mu


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Belum Ada Idea... Ramai nye balik Malaysia..

kepada yg balik malaysia.. sampaikan salam aku kat malaysia.. balik nnti jgn lupe pakai topeng utk keselamatan bersama..

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Friday, May 29, 2009

J.U.M.A.A.T

ABU Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh), kemudian pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai), maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta.
“Sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina.
“Sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk.
“Sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam.
“Sesiapa yang datang sebagai orang kelima, sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur.
“Apabila imam menaiki mimbar, maka malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.”
Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masanya. Contohnya, Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini.
Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan lain.Allah juga melebihkan Jumaat daripada segala hari lain dalam seminggu. Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hamba-Nya.
Segala permohonan hamba dikabulkan jika permohonan itu menepati waktu yang dinamakan waktu mustajab.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar daripada Aidiladha dan Aidilfitri.
“Pada Jumaat ada lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan baginda diturunkan dari syurga ke bumi. Pada hari itu juga wafatnya Adam dan Allah mengurniakan satu saat doa dikabulkan kecuali doa maksiat dan pada Jumaat jugaakan berlaku hari kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Pada hari itu, setiap orang yang pergi menunaikan solat Jumaat disediakan ganjaran besar, yang tidak ada pada hari lain.
Malangnya, ada antara kita yang berasakan Jumaat, sama seperti hari lain. Hal ini menyebabkan mereka mengisi Jumaat dengan hati kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah. Golongan ini bukan saja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah lupa pada azab Allah yang bakal menimpanya.Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari itu.
p/s : Aku pun selalu dtg lambat.. agaknye dapat apa ek... renung² kan dan selamat beramal...
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Thursday, May 28, 2009

Man Utd Gagal Kekalkan Kejuaraan

Kecewa sikit sbb man u kalah kpd barca.. final champions league...
Tabik kat barca.. sbb diaorg main best..
Bukan Man u men x best.. maybe mlm ni mlm barca..
Defend ngn tegah solid.. striker ada finishing wlaupun eto'o ada 1 peluang je..
Lgpun man u main x mcm biasa..klau x pening gak si puyol dkk...
Kawal bola x bape kemas.. terutama bagian tgh..
Masih ingat lg penta'lik arab ckp.. aina enta ya carrik.. hampir 3 kali gak dia ulang..
Nasib baik dia x ckp aina enta ya flecther? huhuhu..
Mmmm.. pasni x tau la bila lg man u dpt masuk final..
x ada lagi rasa nye team yg 3 kali beturut2 ke final..
kami akan merindui final champions league..
x tahu utk tempoh seberapa lama..
Apa pun man u tetap best.. tp klau best lambang setan tu dituka la.. huhuhu
Tuka la kala jengking ke.. dinasour ke..huhuhuhu
Tahniah buat Man u sbb thn ni dapat 3 piala..
Welcome to Bukit Jalil.. Malaysia U 23 lebih power dr barca.. siap aaa...

p/s : atok aku ckp klau kena undi pakai baju putih x de ong...
(bukan ong ka ting/ ong ka chuan/ ong beng hee)
x tahu la setakat mana fakta ni.. huhuhuhu

ok u allz... mcm biasa la.... Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Tuesday, May 26, 2009

Tahu Goreng + Sambal Kicap

Bangun² tido je perut lapa...
Tapi pada malik, perut aku bukan bgn tido je lapa.. lapa nye sentiasa..
MMmmm... Tgk perut la bro... banyak space lagi ni... huhuhu
So.. g dapo cari makanan.. Firah maswi smlm da abis kena bedal ngn sang bedal...
bukak peti ais... nampak tahu.. beli kat umah terengganu.. harga L.E 4.50...
Buat sambal kicap... pastu goreng tahu...
Makan tahu goreng cicah sambal kicap... teringat masa kat malaysia...
Mak aku goreng tahu.. abah aku buat sambal kicap.. aku yg abis kan tahu tersebut...
huhuhuhu.. kejam²....
Tapi.. kat sini kena berdikari... semua kena buat sendiri...
Not bad la... (bukan badrunizam @ bad misai)....
tapi klau ada taugeh mesti lagi pegi... jadi tahu sumbat...

TAHU GORENG :

Bahan² :
tahu basah (bukan tahu kering atau wat² tau)
Minyak masak utk menggoreng (bukan diesel, petrol & sebagainya)
kuali utk menggoreng (jangan menggunakan pinggan atau cawan utk menggoreng)

SAMBAL KICAP :

Bahan² :
Lada Basah secukup rasa - klau nk pedas letak la banyak sikit.. (bukan juga lada kering.. klau x korang yg kering nnti)
Bawang putih secukup rasa (bukan cite bawang merah bawang putih tu @ cite merah putih)
Gula sesudu pun cukup (bukan gula²)
Kicap Jalen, cap kipas udang & sebagainya yg ada tanda halal
Lesung batu (kalau rajin), Blender (kalau malas)

Cara² :
masukan lada, bawang putih dalam lesung/blender....
tumbuk/blend sehingga hancur, lumat dan sebati....
masukan gula.. gaulkan biar sebati...
pastu masukan kicap...gaul lagi sekali...
siap dihidang utk dibuat cicah tahu goreng.....

Hahahaha... Berjaya...

ok u allz... mcm biasa la.... Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace...


Monday, May 18, 2009

Hari Guru

walaupun hari guru jatuh pada 16 mei..
tp kebanyakan sekolah sambut pd hari ni...
sbb ari tu diaorg cuti..
so.. dikesempatan ini..
aku nak ucapkan selamat hari² kepada guru² sekalian...
selamat hari guru....
x lupa juga kpd diri sendiri.. huhuhu
(teringat kat anak² murid SK taman seroja + sek. agama pt hj adnan + sek. keb. pt hj adnan...)
guru pembina negara bangsa....
walau apapun tema tugas seorg guru adalah mendidik...
Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar..
Dalam bahasa arab guru diistilahkan sebagai "mualim"
senarai guru yg penah mendidik aku...(yg aku ingat)
klau ada yg ter miss harap maaf..
terlupa kot.. banyak makan kepala ikan..
terima kasih atas jasa kalian..
cikgu comel.. (cikgu tadika)
cikgu rahman..(sek. rendah)
cikgu baharudin..
cikgu fatimah..
cikgu rudziah..
cikgu zambri..
cikgu kamariah..
cikgu zainol..
cikgu ariffin..
cikgu yusaini..
cikgu norsiah..
cikgu norlee..
cikgu rahmat..
cikgu ibrahim..
cikgu anizam.. (da jd abg ipar.. huhuhu)
cikgu nordin..cikgu suzana
ustaz fendi.. (sek. men. ren. arab pontian)
ustaz sanip..
ustazah sariah..
ustaz sameon..
ustaz fadilah..
cikgu hasbullah..
cikgu mimah..
cikgu siti amanah..
cikgu rosnani..
ustaz salam..(maahad pontian)
ustaz paiman..
ustaz jumadi..
ustaz solehan..
ustaz turijan..
ustaz nazri..
ustaz khairudin..
ustaz yusof zaki..
cikgu fauzi..
cikgu razali..
cikgu noni..
cikgu rahmat..
ustazah salina..
cikgu halimah..
cikgu rodziah..
ustazah yusni..
ustazah hazni..
ustazah zaitun..
ustaz jaafar.. (maahad johor)
ustaz zul..
ustaz arif..
ustaz wahid..
ustaz abu sani..
ustaz idris..
ustaz mahathir..
ustaz adam..
ustaz zainal ariffin..
ustaz hasni basri..
ustazah huda..
ustazah aidanur..
ustazah robitah..
ustazah ramnah..
ustazah suhaiza..
usatazah nor diana..
ustazah suhanna..
terima kasih juga kpd :
sek. agama pt hj adnan,sek. keb. pt hj adnan,& sek. keb. taman seroja...
sbb memberi peluang kpd aku utk menjadi seperti mereka...
n de special thanxs to... my mak dan abah... b'coz what?sbb.. mereka la yg menjadi cikgu petama aku belaja ckp...belaja jalan... belaja tido... n whutever blaja2 la...
ok u allz... Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace...


Thursday, May 14, 2009

Khas Buat Jepun

Setahun kemudian....

Pantas nye masa berlalu....
First entry aku selepas hampir setahun juga aku tak update blog aku.... Sebab... Balik malaysia cuti lama.. tak tahu lah rasa macam tak ada mood je nak taip.. Mood da ke lain.. Ehemmm (tersedak)..... cita-cita atau hajat nak update tu ada.... Tapi... tak kesampaian... Busy kot.....Huhuhu (gelak sinis).....
First entry aku guna keybord baru.... Jenama MATRIX... baru beli je terus tulis blog.... konon-konon nak try best tak keybord ni.... Apapun... keybord lama aku jenama TIGER yg bertahan 5 tahun da masuk hall of fame.. kire mcm legend la..Huhuhuhu (gelak girang)... trima kasih atas jasa beliau... Harap2 keybord baru ni tak buat hal... Atau Hal-hal lain dan sebagainya....

Pesanan utk aku & semua.... Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace...

p/s : Title Jepun merujuk kpd seseorg... tidak ada kaitan dengan negara jepun mahupun selipar jepun (gelak biasa-biasa je)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...