Wednesday, April 16, 2008

Bilik Air Baru











GAMBAR sekadar hiasan

Penantian untuk menikmati bilik air baru berakhir semalam, setelah dua hari merantau jauh menumpang bilik air rumah orang. Kejadian ini berlaku adalah disebabkan tidak puas hatinya orang arab bawah rumah kami. Setiap kali pintu rumah kami diketuk, pasti ayat yang sama yang akan kami dengar, "fi moya nazil". Kalau 20 kali beliau ketuk pintu rumah kami, 20 kali lah beliau cakap ayat tersebut. Disebabkan kebosanan beliau maka dengan selamba beliau memanggil 'sabak' (kata mat fami sabak ni orang yang kerjanya menukang bilik air) memecahkan bilik air rumah kami untuk diganti baru. Di sini dinyatakan antara mangsa-mangsa keadaan yang terlibat ialah rumah dende, rumah pejul dan rumah farhan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana sudi memberi keizinan kepada kami menumpang mandi dan sebagainya. Semoga jasa baik kalian Allah balas dengan kejayaan. Amin... Kepada mereka yang tidak dapat menumpangkan kami bilik air diharap tidak berkecil hati. Sekian terima kasih. Huhuhuhu


Thursday, April 10, 2008

Arkan Talak Inda As-Syafieah

Ia adalah terdiri dari 5 perkara.

  1. Suami.
  2. Sighat atau lafaz talak.
  3. Mahal atau tempat yang hendak ditalak si isteri.
  4. Wilayah atau kuasa ke atas isteri.
  5. Kasad atau apa yang diniatkan bagi lafaz talak itu.

  • Rukun talak yang pertama ialah syarat pada suami yang mentalak. Hendaklah suami itu suami yang mukallaf, yang siuman iaitu tidak mabuk dan tidak gila. Orang yang tidak siuman akalnya, apabila suami berkata ;Aku ceraikan kamu; kepada isterinya, tidak jatuh talak.

Begitu juga syarat pada suami untuk menceraikan isteri mestilah bukan kerana dipaksa seperti dipaksa oleh ayah atau kaum keluarga untuk menceraikan isteri. Cerai yang dipaksa atau yang digagah, hukumnya tidak jatuh talak.

  • Rukun talak yang kedua ialah sighat. Adapun yang dikatakan sighat atau lafaz tadi ialah lafaz yang menyatakan perceraian atau perpisahan. Ia ada dua iaitu pertama lafaz sarih atau lafaz yang nyata atau terang-terang yang menyebut kalimah talak. Kedua lafaz kinayah atau lafaz sindiran iaitu menyebut kalimah cerai atau talak tidak secara terang-terang.

Bagaimanakah boleh jatuh talak pada seorang isteri itu secara lafaz sarih? Seorang suami berkata kepada isterinya,
;Aku talakkan engkau!;

;Aku ceraikan engkau!;
;Hai
orang yang kena talak!; dan sebagainya.
Apabila
kalimah ini disebut kepada isteri samada dalam perkelahian atau pun tidak, maka jatuhlah talak. Jatuhnya talak dengan menyebut kalimah yang terang-terang begini, samada suami berniat ataupun tidak berniat demikian, kedua suami isteri itu sudah bercerai.

Lafaz kinayah atau lafaz sindiran ialah dengan
menyatakan perceraian atau talak tidak secara terang-terang. Jatuhnya talak ke atas isteri boleh jadi samar-samar atau boleh jadi meragukan. Kerana, lafaz sindiran atau lafaz kinayah ini boleh diertikan dengan maksud perceraian ikatan perkahwinan ataupun dengan maksud lain. Katalah seorang suami berkata kepada isterinya,
;Pulanglah engkau ke rumah
orang tua kamu
;Engkau boleh hidup
bebas
;pergilah engkau dari
sini.
Kata-kata sindiran seperti ini bergantung
kepada niat suami mengeluarkan perkataan tadi. Kalau sekiranya, suami menyuruh isterinya pulang saja kepada orang tuanya dengan tidak diniatkan untuk menceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Tetapi, kalau diniatkan hendak bercerai, maka jatuhlah talak.

  • rukun talak yang ketiga ialah mahal iaitu tempat yang hendak ditalak. Mahal ini tentulah isteri. Dan isteri itu hendaklah sebenar-benar isterinya, walaupun isteri itu masih di dalam iddah kerana isteri yang di dalam iddah adalah di bawah kuasa suami lagi.

Adapun mahal atau tempat yang hendak dijatuhkan talak iaitu isterinya, ia memberi erti apa saja pada isteri. Setiap juzuk anggota pada isterinya itu adalah mahal atau tempat yang hendak ditalak. Oleh itu, kalau sekiranya suami mengatakan,
;Aku talak telinga
kamu.
;Aku talak kaki kamu dan sebagainya.
Maka sabit jatuhnya talak. Kecuali juzuk
yang suami sebutkan itu bukan merupakan sebahagian anggotanya seperti air liur atau peluhnya.

  • Rukun talak yang keempat ialah kuasa di atas isteri atau yang dikatakan wilayah. Hendaklah isteri itu milik kepada suami yang mentalak. Kalau bukan milik suami, maka perempuan itu bukan dikatakan wilayah. Adapun kuasa talak itu adalah pada isteri yang dimilikinya, walaupun isteri yang di dalam Iddah.
  • Rukun talak yang kelima ialah kasad atau niat pada talak. Maksudnya di sini ialah, lafaz yang digunakan untuk mentalak isteri adalah dengan niat hendak menceraikannya. Dalam ertikata yang lain, lafaz yangdiucapkan adalah diniatkan untuk cerai. Niat menjatuhkan talak isteri ini akan jatuh talaknya walaupun di dalam bergurau senda. Katalah suami berkata di dalam majlis bersama kawan-kawannya, ;Aku ceraikan isteri aku;. Hukumnya jatuh talak.



Study Mudy.....

Minggu ini adalah minggu study bagi diri Aku kecuali pada hari sabtu kerana ada perkara yang tidak dapat dielakan. Sebenarnya bukan minggu ini sahaja tetapi minggu-minggu mendatang juga sebab suatu saat imtihan hanya tinggal keesokan harinya sahaja bakal Aku tempuh. Bak kata orang-orang court mammoth 'jangan tunggu sampai esok'. Jadi, saya menyeru kepada semua, sempena minggu study mudy ini marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh bukan untuk imtihan sahaja tetapi demi membangunkan agama Islam yang kita cintai serta keluraga, bangsa dan negara. Maka, dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim saya merasmikan minggu study mudy.. (semua orang tepuk tangan)

Hahahaha Apalah yang aku merepek ni. Makan kerepek pisang yang Malik bawa lagi sedap, sambil mentelaah kitab ahwal syahsiah, tajuk 'Arkanu Talak'. Sebab Study Group aku dapat tajuk ini. Sambil berangan.. Murid-murid, buka muka surat 126, hari ini kita akan belajar tajuk 'Arkanu Talak'.. teringat kembali hari-hari indah aku ketika pertama kali menjadi warga pendidik di Sekolah Agama Pt Hj Adnan. Yang pastinya hari-hari indah itu bukan bersama murid-murid ku, tetapi bersama...... Ok. Aku nak sambung study. Sekian Terima Kasih.


Tuesday, April 1, 2008

Ada Apa Dengan April fool's day??

Tanggal 1 april yang mana tahun nya telah Aku lupai, yang pasti saat itu adalah zaman Dash Yankuro menguasi minda setiap anak-anak yang bersekolah rendah mahupun menengah. Mungkin ketika aku masih darjah 4 atau 5 sekolah agama atau popular dengan sekolah petang (Sekolah Agama Pt Hj Adnan). Sebutlah Super Emperor, Proto Emperor, Shooting Star, Canon Ball dan sebagainya, pasti menjadi teman setia kitab-kitab di dalam beg. Sehingga Ustazah yang mengajar kami tetapi biasa dengan panggilan cikgu jijah pening melihat telatah kami. Sebenarnya apa yang Aku ingin kongsikan dengan kalian bukanlah cerita dash yankuro, Aku ponteng sekolah ataupun cerita kereta Super Emperor Aku yang paling laju tetapi............
(SILA
LENGKAPKAN CERITA INI MENGIKUT IDEA ANDA, TIDAK KURANG 50 PATAH PERKATAAN).
Tetapi satu-satunya kisah yang hanya TERKISAH
DE FIRDAUSI iaitu kisah april fool ketika 'zaman jahiliah' Aku dahulu. Setelah selesai solat Asar ketika Aku dan teman-teman bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran seterusnya, Aku disapa Sopian (bukan nama sebenar dan bukan juga Binjai) kawan sekelasku berbadan agak bulat. "Mamat ni tak abis-abis nak paw kerepek sukun Aku" terdetik dalam hatiku sebab beliaulah yang rajin berkongsi makanan dengan aku walaupun di tangannya masih ada lagi 2 bungkus kerepek sukun. Namun apa yang Aku sangkakan pada hari itu tidak benar. Setelah panggilan pertamanya aku abaikan sambil menyorokan kerepek sukun Aku dalam beg, Sopian memanggil Aku berulang-ulang kali sehingga memaksa Aku menoleh beliau dalam keadaan tidak berapa ikhlas. "wei.. ada orang nak jumpa kau kat blakang kelas". Sopian kelihatannya bersungguh-sungguh menyampaikan berita itu. "sape yang nak jumpe aku tu Pian?" tanya Aku dengan sedikit hairan. Sambil mengunyah kerepek " ntah,tp pompuan.. kau pegi la tengok sendiri, nanti aku cover line" Pian menjawab. Nani, Ani, Alin dan Mimi (semua bukan nama sebenar) telah berdiri di belakang kelas menunggu Aku. Mereka juga merupakan rakan sekelasku. Nani menghampiriku dan meghulurkan sekeping kertas seakan berbentuk surat. Aku yang memang sedikit pemalu mengambil kertas tersebut lalu beredar masuk ke kelas, begitu juga Nani dan teman-teman nya. Setelah perenggan demi perenggan Aku amati isi kandungan surat tersebut, tahulah Aku yang Nani meluahkan isi hatinya menyukai Aku dan beliau ingin berjumpa dengan ku sekali lagi sebelum pulang ke rumah.Aku juga menceritakan segalanya kepada teman-teman sekelasku yang lain ingin memohon pendapat atau pandangan. Sepanjang sesi pembelajaran Aku jadi tidak tenang memikirkan isi kandungan surat tadi sambil mata Aku nakal mencuri pandang gelagat Nani. Setelah tamat sesi persekolahan, seperti yang dijanjikan aku berjumpa semula dengan Nani dan teman-temannya. Aku sekali lagi dihulurkan sepucuk surat yang kali ini lebih jiwang kelihatannya. Aku buka sampul surat tersebut dengan sopan satu persatu sehingga menampakan isi kandungan nya.. " JANGAN PERASAN.. APRIL FOOL!!" 4 perkataan yang membuatkan hatiku luluh seperti lirik lagu samsons -luluh- "segenap hatiku luluh lantah mengiringi dukaku dan kehilangan dirimu sungguh ku tak mampu mereda kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu". Mereka beredar membawa haluan sambil mentertawakan Aku. Rupanya dendam tahun lepas mereka pada Aku masih membara. Dendam hadiah katak yang aku berikan april fool tahun lepas berbalas tahun ini.

Namun, hari ini Aku tertawa sinis bila mengenangkan kisah-kisah ketika zaman persekolahan dulu sambil memikirkan April fool's day sebenarnya dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Aku menundukan muka sambil beristighfar malu pernah bersuka ria dengan April fool.

Di sini Aku sertakan sedikit renungan dan pedoman buat kita semua. Sebenarnya perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakansewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskanorang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa initurut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...