Monday, March 31, 2008

BOiKOT !!!

JANGAN BELI PRODUK DARI SYARIKAT INI:-
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH / HOLLAND/ NETHERLAND

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-

sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php

Semua kita berseru, Boikot Belanda dan produknya!!!


Sunday, March 30, 2008

Boikot Belanda / Netherland!!!

Aku hari ini mengutuk sekaras-kerasnya tindakan anggota Parlimen Belanda Geert Wilders yang memulakan penayangan filem “Fitna” kerana jelas menghina sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

Filem bertajuk Fitna itu menafsirkan surah al-Quran daripada persepsi pengarah antiIslam itu yang diselang seli paparan serangan pengganas dan ucapan penuh kebencian dibuat pemimpin ekstremis.


Majlis Islam Belanda membawa kes itu ke sebuah mahkamah semalam bagi menghalang Wilders terus menyiarkan filem berkenaan.

Kerajaan Belanda sudah memberi amaran kepada Wilders yang filem berkenaan boleh mencetuskan kemarahan dunia Islam sama seperti yang pernah berlaku dua tahun lalu apabila lakaran menghina Nabi Muhammad SAW, di siarkan media.


JOM BOIKOT!!! Jangan biarkan agama kita tergadai.





Ringan Sebutan Berat Ganjaran

Tiga patah kalimah yang amat ringan sebutannya. Tetapi nilai dan ganjaran di sisi Allah sangat berat. Biasakanlah lidah menyebut di hujung sebutan nama Nabi Muhammad atau Rasulullah. Bukan saja pada pengucapan tetapi dalam tulisan juga. Kaedah penulisan yang diguna pakai di negara kita ini sangat memudahkan mengeja kalimah selawat yang dirangkaikan dengan nama Rasulullah. Cukup dengan singkatan ‘s.a.w.’ sebagai ganti ejaan panjang, yang apabila dibaca oleh pembaca mereka menyebut . Mudah. Dengan hanya tiga huruf (S.A.W.) secara automatik kita sudah mengajak orang lain berselawat kepada kekasih-Nya. Penulis berselawat melalui tulisan dan pembaca pula berselawat melalui penuturan bacaannya. Penulis dapat pahala dan pembaca pun dapat pahala. Beradablah kita dengan nama kekasih-Nya; jangan sekali-kali menulis nama Nabi Muhammad dengan diletakkan perkataan ‘Nabi’ di awal nama. Hanya menyebut/menulis Muhammad atau agar bagi jelas sedikit disebutlah Muhammad bin Abdullah. Nampak sangat sikap berkira-kira. Kenapa hendak berkira-kira dengan kekasih-Nya? Buruk padahnya nanti kalau Dia juga berkira-kira dengan kita. Cukuplah tabiat berkira-kira yang tidak kena pada tempatnya ini. Sudah banyak kita berkira-kira dengan Allah s.w.t. Dalam perkara solat umpamanya, berkira-kira setiap kali mendengar azan sama ada mahu ke masjid/surau atau solat saja di rumah. Kalau pergi pun, sampai di masjid/ surau menunggu-nunggu bilal iqamah baru masuk. Kenapa? Tak payah solat sunat. Berada di saf, teragak-agak(berkira-kira) hendak mengucapkan ‘usolli’ atau tidak, walaupun pengucapan itu boleh membantu menjernihkan niat dan qasad solat tersebut. Syaitan tidak akan berenggang dari hati yang hendak menghadap Allah. Apa salahnya mengusir was-was syaitan dengan sebaris lafaz niat (usolli) terlebih dahulu. Tidak timbul solat penambahan(bidaah) di dalam solat kerana ucapan itu sebelum mengangkat takbir, ertinya di luar solat. Tetapi oleh kerana sikap berkira-kira, ucapan bagi memperkemaskan solat itu diabaikan begitu saja. Selepas mengangkat takbir pun masih berkira-kira juga lagi - mahu membaca doa iftitah atau terus membaca Fatihah. Akhirnya hendak mudah dan cepat, tak baca doa iftitah.Bersempena dengan bulan Rabiulawal ini, sambil mengimbau sejarah keputeraan dan perjuangan Rasulullah s.a.w., marilah sama-sama kita tanamkan azam dan keghairahan hati untuk lebih banyak lagi berselawat kepada Rasulullah s.a.w. dengan apa jenis selawat pun, tanpa berkira-kira waktu mahupun jumlahnya. Berusahalah menjadi umat yang mendapat kedudukan istimewa di sisi Rasul. Sabda baginda, “ Manusia yang paling utama bagiku ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Riwayat at-Tirmizi Ibnu Mas’ud r.a.)


Saturday, March 29, 2008

BoxOpis... Menanti Sebuah Penantian

Aku sendiri tidak tahu bagaimana Aku harus memulakan sebuah kisah yang tragis lagi pilu ini. Namun, ianya tiada kaitan dengan lagu awan yang terpilu mahupun penyanyi lagu tersebut, apatah lagi jiran beliau. Lama juga Aku memikirkan idea yang logik untuk memulakan sebuah kisah yang pastinya belum ditontonkan di Kisah Benar, Impak Maksima mahupun Buletin Utama. Watak utama dalam kisah ini didukung oleh Malik seorang actor yang kacak lagi macho serta adakalanya bersifat ke'playboy'an. Digilai peminatnya tidak kira anak dara, tunangan orang mahupun isteri orang yang beranak empat. (wakaka.. gelak sekejap). Manakala watak pembantu didukung oleh Mat, dock (bukan nama sebenar), Kapan, dan Mael. Sedia maklum mereka ini biasa-biasa sahaja. Cerita ini mengisahkan Malik seorang mahasiswa Al-Azhar yang balik bercuti ke Malaysia dan dalam waktu terdekat ini ingin pulang menyambung pengajian beliau di Universiti Al-Azhar. (cerita ini tiada kaitan dengan filem Ayat-ayat Cinta bahkan John Rambo). Malik juga merupakan teman serumah atau nama manja yang lazim digunakan 'ahli bait' atau 'roomate' kepada Mat, Dock, Kapan. Manakala Mael pula adalah seorang driver mereka berempat yang diberi kepercayaan untuk menjemput Malik di lapangan terbang. Kisah bermula apabila Dock yang sedang khusyuk berbalas SMS dengan 'N' (bukan nama sebenar) tiba-tiba dikejutkan dengan satu SMS daripada 'M' iaitu Malik menyatakan beliau akan menjejakan kaki di Cairo International Airport pada hari jumaat jam 6 petang seperti yang dimaklumkan oleh seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Arif (juga bukan nama sebenar). Setelah segala urusan berjalan lancar, Malik menaiki penerbangan Kuwait Airways menuju ke destinasinya dari Kuala Lumpur ke Kuwait dan Kuwait ke Cairo yang memakan masa 15 jam termasuk persinggahan 6 jam di Kuwait International Airport. Penantian membosankan selama 6 jam ketika transit tidak dapat dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti shoping, smoking, sleeping, chatting dan sebagainya kerana hanya berbekalkan Ringgit Malaysia 700 yang tidak diterima penukarannya. Namun beliau gagahi kebosanan itu dengan tabah, mungkin kerana beliau mendapat semangat setelah mendapat panggilan telefon daripada 'S' (juga bukan nama sebenar). Lantaran itu, beliau meneruskan penerbangan dengan menaiki pesawat yang sama sehingga tiba di Cairo International Airport tepat jam 4.15 petang. Kesilapan maklumat awal membuatkan beliau tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan walhal telah dinyatakan di dalam tiket waktu ketibaan jam 4 petang. Sedang leka Mat dengan 'Need For Speed Pro Street'nya, Kapan dengan kuali periuknya dan Dock dengan 'Fantasy Football'nya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu SMS daripada Malik. "Dock, ko amik aku ke? Klu x amik aku nek teksi, tp nt pnjm sen ko dlu la,sok aku byo semo eh? -Malik-" SMS ini dihantar jam 4.45 petang, mungkin kerana Malik yang telah keluar setengah jam yang lalu masih tidak nampak kelibat teman serumahnya. Tanpa rasa bersalah, teman serumahnya meneruskan aktiviti masing-masing kerana menyangka Malik akan tiba jam 6 petang. Namun, atas rasa sikap setia kawan, Mat menghubungi Mael yang sedang memasak di rumahnya untuk bergegas ke lapangan terbang tika itu juga. Dalam perjalanan ke 'mator' mereka sekali lagi menerima SMS dari Malik. "oi,aku da 2jam 30min kat sni,nk msg pn kena mintk org msia topupkn, ko nk dtg xnk,aku dh bosan nak mampos ni beb,aku kat mator bru,t'minal yg ujg,pas ni x leh msg." Namun, mereka akhirnya dapat bersua muka dengan riak wajah Malik yang kebosanan, 'kehanginan' satu badan dan berbagai reaksi bosan menanti sebuah penantian. Walau bagaimanapun, meraka selamat sampai di rumah dan hidup dalam keadaan aman, damai, makmur serta bahagia sambil menjamu selera juadah dari Malaysia iaitu Maruku Baby (yg plastiknya putih merah ada gambar baby.. ingat x?.. sedap). Sekian, Terima Kasih.....


Wednesday, March 26, 2008

Bebas.. (Bukan Parti Bebas)

Aku (bukan nama sebenar) mula berjinak-jinak dalam blog, tidak tahu mengapa? Mungkin terkesan dengan kemajuan teknologi yang kini menjadi trend dan media alternatif terutama bagi golongan pertengahan atau sekadar hobi mengisi masa lapang dengan menaip, 'copy & paste' artikel-artikel yang berkenan. Entahlah, Aku pun masih tercari-cari tujuan Aku membuat blog sendiri. Terdetik juga ingin mendalami bahasa melayu yang semakin di'ammi'kan. huhu penat nye nak susun ayat.. nak buat ayat mcm tu pun dah setengah jam.. terpaksa la Aku mengammikan bahasa melayu.. cepat sikit idea mari... x pe.. ni baru second posting.. lama2 nnti bole la jadi macam caon.. hehe (brangan je) tp.. Aku terpaksa minta diri..x dpt nak sambung post.. sbb mlm ni ada perjumpaan kat umah jhr.. utk dak2 syariah thn 1 & 2 kata ust pecot.. tadi baru gi mesyuarat sukej.. ni nak kena pegi lagi umah jhr.. huhu busy betul la..letih juga rasanya.. seblum Aku lupe.. baik Aku ingatkn diri Aku.. seblum 5 april 08 kena kutip duit sukej edisi 109, 110 dan 111 kat setiap umah negeri yg ada anta sukej seblum2 ni.. Aku ngn kapan bahagian Asyir, Amin ngn Piah bahagian Sabik..untuk sukej 112 on the way.. Sekian Terima kasih..


Tuesday, March 25, 2008

first posting..

Assalamualaikum to all everyone.. this is my first posting in my blog.. huhu i'm very proud with myself because i can post and post anything in my blog.. thanks a lot to my 'cikgu'.. ust zaki.. huhu ok.. that it's.. see u next time..the next tutorial is the publisher.. i dont know anything about publisher.. so i'll learn from the best to get the great knowlage (mcm salah eja je.. hihihi) ok.. see ya again... salam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...