Wednesday, March 10, 2010

Terkisah Piala Presiden PMRAM 2010 De Firdausi


Pada : 1- 4 Mac 2010.
Tempat : Padang Iskan Tulab, Hayyu Sadis

18 feb 2010
- Dilantik menjadi pengurus pasukan bola sepak BKPJM oleh Ust Md Nur.
- Melantik Abdul Rasyid sebagai ketua jurulatih dibantu oleh ashraf.
- Melantik Muhammad Aizat sebagai pegawai perubatan.

20 feb 2010
- Pemilihan skuad bola sepak BKPJM ditunda kepada 23 feb 2010 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan dan digantikan dengan perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur dan Syubra (padang abasiah).
Keputusan perlawanan

Johor 0 Syubra 1
Johor 1 Kuala Lumpur 2

23 feb 2010
- Pemilihan skuad bola sepak BKPJM di padang tagamuk awal dihadiri oleh 25 pemain.

18 senarai pemain yang terpilih mewakili skuad Johor (BKPJM) :
Naquib, Kamarul, Noorfendi, Fikhri Adli, Syafie, Faisal, Salleh, Saufi, Abul, Ridhwan, Hakim, Shazren Zekri, Amri, Akhmal, sallahuddin, Mior, Kamil, Fahd

24 feb 2010
- Perlawanan persahabatan 3 penjuru. (padang tagamuk awal)

Johor 1 Perlis 0
Johor 0 Kedah 1

25 feb 2010
- Perlawanan Persahabatan

Johor 0 Indonesia 0

28 feb 2010
- Mesyuarat tergempar pembatalan Piala Presiden PMRAM 2010 di padang iskan tulab.
- Penganjur mengubah format pertandingan kepada Futsal Piala Presiden 2010. Pada 2-4 Mac 2010 di Stadium tertutup Nadi Riadi.
- Mesyuarat tergempar skuad BKPJM sekaligus meletak jawatan selaku pengurus pasukan. Menghantar 2 pasukan menyertai kejohanan tersebut. Johor A dan Johor B.

9 pemain Johor A :
Naquib, Fikhri Adli, Syafie, Salleh, Ridhwan, Abdul Rasyid, Abul, Sallahuddin, Fahd

9 pemain Johor B :
Firdaus, Faisal, Noorfendi, Salahudin, Kamarul, Akhmal, Amri, Shazren zekri, Mior

Keputusan Perlawanan melibatkan Johor A dan Johor B.
( 2-4 mac 2010)


Kemboja 1 Johor A 0
Johor A 2 P.Pinang 0
Dumyat 0 Johor A 1
Johor A 1 Sabah 3

Johor B 0 K.Lumpur 1
Syubra 0 Johor B 0
Johor B 0 Singapura 0
Selangor 1 Johor B 0

Juara Futsal Piala Presiden 2010 : Kelantan
Naib Juara : Kedah
Ketiga : Selangor

maklumat lanjut sila layari : www.bolapmram.blogspot.com


Akan datang.....

Sulatan Johor akan merasmikan Asrama Pelajar Johor di Rab'ah..?
Sedikit sebanyak Program MAIJ di ARMA...

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Tuesday, March 9, 2010

Kembali... Berselawat lah!

Hari ini 9 mac 2010.. cuba-cuba kembali untuk menulis blog.. banyak peristiwa, kenangan atau keadaan yang berlaku bole dikongsi tetapi tidak dapat dicoretkan setelah sekian lama tidak meng'update'kan blog.. sukar untuk menulis ketika ketiadaan internet di rumah..

Mac tiba bermakna Universiti Al-Azhar akan menerima kembali mahasiswa-mahasiswanya setelah bercuti selama sebulan setengah untuk menyambung fasal sani. Fasal awal yang berlalu banyak muhasabah untuk memperbaiki diri agar cita-cita untuk menjadi 'peguam muslim membela agama Allah' tercapai Insya Allah.. Doakan kejayaan kami di bumi Anbiya' ini.

Rabi'ul Awal banyak sejarahnya, sedar tidar sedar sudah di penghujungnya. Rabi'ul Akhir bakal menjelang. Seberapa banyak selawat kita kepada junjungan besar Baginda kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w? Tahukah anak-anak moden sekarang 12 Rabi'ul Awal adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad? Iya.. sanak saudara kita mungkin kita boleh ajari, tetapi bagaimana nasib anak-anak yang kurang mendapat pendidikan agama selengkapnya? Mereka mungkin boleh mengetahui menghafal tarikh kelahiran artis idola mereka, tetapi tarikh kelahiran Nabi..? yang mereka tahu mungkin bulan ni bulan maulid.. apa pula maulid? bulan ceramah agaknya.. Sedih rasanya jika ini terjadi.. Melentur buluh dari rebungnya.. Ajari lah anak-anak kita dengan didikan agama yang secukupnya agar menjadi penegak agama Allah suatu hari nanti Insya Allah. Kepada semua serta diri sendiri (terutamanya), marilah kita memperbanyakan selawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w.

{¤}Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. {¤} ~AN-NURR:52~

Akan datang....
Apa cerita dengan Piala Presiden PMRAM?
Apa yang berlaku dengan skuad Johor (BKPJM)?
dan banyak lagi... nantikan!
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Saturday, February 13, 2010

Terbengkalai

Disebabkan masalah yang tak dapat dielakan... so, tak dapat la nak update... Insya Allah kemudian.. kemudian tu bila? ha... Bila2 la..

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...