Tuesday, March 9, 2010

Kembali... Berselawat lah!

Hari ini 9 mac 2010.. cuba-cuba kembali untuk menulis blog.. banyak peristiwa, kenangan atau keadaan yang berlaku bole dikongsi tetapi tidak dapat dicoretkan setelah sekian lama tidak meng'update'kan blog.. sukar untuk menulis ketika ketiadaan internet di rumah..

Mac tiba bermakna Universiti Al-Azhar akan menerima kembali mahasiswa-mahasiswanya setelah bercuti selama sebulan setengah untuk menyambung fasal sani. Fasal awal yang berlalu banyak muhasabah untuk memperbaiki diri agar cita-cita untuk menjadi 'peguam muslim membela agama Allah' tercapai Insya Allah.. Doakan kejayaan kami di bumi Anbiya' ini.

Rabi'ul Awal banyak sejarahnya, sedar tidar sedar sudah di penghujungnya. Rabi'ul Akhir bakal menjelang. Seberapa banyak selawat kita kepada junjungan besar Baginda kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w? Tahukah anak-anak moden sekarang 12 Rabi'ul Awal adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad? Iya.. sanak saudara kita mungkin kita boleh ajari, tetapi bagaimana nasib anak-anak yang kurang mendapat pendidikan agama selengkapnya? Mereka mungkin boleh mengetahui menghafal tarikh kelahiran artis idola mereka, tetapi tarikh kelahiran Nabi..? yang mereka tahu mungkin bulan ni bulan maulid.. apa pula maulid? bulan ceramah agaknya.. Sedih rasanya jika ini terjadi.. Melentur buluh dari rebungnya.. Ajari lah anak-anak kita dengan didikan agama yang secukupnya agar menjadi penegak agama Allah suatu hari nanti Insya Allah. Kepada semua serta diri sendiri (terutamanya), marilah kita memperbanyakan selawat kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w.

{¤}Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. {¤} ~AN-NURR:52~

Akan datang....
Apa cerita dengan Piala Presiden PMRAM?
Apa yang berlaku dengan skuad Johor (BKPJM)?
dan banyak lagi... nantikan!
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...