Monday, May 30, 2011

Terkisah : Masa

pernah dengar ayat ini? "Malam masih muda.."
ayat ini? "rileks dulu..lama lagi"
ini? "enjoy dulu"
tapi ayat-ayat ini bole berubah kalau..
ada ayat ini.. pernah dengar?
macam pernah macam tak..
ayat apa tu..
Al-Waqt ka al-saif. Fa in lam taqtha'haa qath'aka
(masa seperti pedang, jika kamu tidak memanfaatkannya maka ia akan memotongmu)
kaji..fahami..resapi makna syair arab ini yang menggambarkan karakter sang masa.

masa...
satu dimensi dalam hidup manusia.
sentiasa bergerak cepat, tanpa terasa, tiba-tiba mendatang.
tak hairan..
masyarakat arab kiaskan cepatnya masa dengan kilatnya pedang.
mungkin untuk atur masa yang baik perlu belajar dari seseorg yang hebat bermain pedang.
sahabat Nabi s.a.w yang hebat bermain pedang, Khalid bin Walid
kenal? macam kenal macam tak?
mmm.. beliau juga digelar.. Saifullah (pedang Allah).
org yang berjaya memanfaatkan masa akan berjaya,
namun jika lalai,
pedang lawan akan menghunusnya dan berakhir dengan penyesalan.

setiap masa-masa yang kita lalui akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Mu'adz bin Jabal,
"Tidak akan tergelincir (binasa) kedua kaki seorang hamba di hari kiamat,
hingga ditanyakan kepadanya 4 perkara,
usianya untuk apa ia habiskan,
masa mudanya bagaimana ia pergunakan,
hartanya dari mana ia dapatkan dan pada siapa ia keluarkan,
ilmunya dan apa-apa yang ia perbuat dengannya."

Sementara masih diberi masa, marilah kita sama-sama mengulangkaji,
Imtihan kian hampir,
jangan gunakan ilmu semata-mata untuk imtihan,
gunakanlah untuk Agama Allah.

Salam imtihan dari ana..


Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal...Jauhkan kemungkaran... Peace


Friday, May 27, 2011

Cuti Pertengahan Tahun

Khas untuk sekolah seluruh Malaysia.
Bermula 27 Mei 2011 - 11 Jun 2011. Jumlah hari 16.
Antara akitiviti yang dijalankan sepanjang cuti sekolah :-
~ Tuisyen, tuisyen dan tuisyen
(terutama kepada pelajar UPSR,PMR, SPM & STAM)
~ Perkhemahan
~ Berkelah ditepi pantai
~ Memancing
~ Tidur, tidur, dan tidur
~ Walimah ( khas buat cikgu-cikgu sahaja )
Selamat pengantin baru kepada yang bakal mendirikan rumah tangga, semoga berkekalan hingga akhirnya, sulami mahligai bahagia dengan kasih sayang, ikatan murni kerana Allah s.w.t
~ PROBAS ( Khas buat Sek. Keb. Bandar Baru Sentul, K.L, dengarnya akan ke Pahang )

SELAMAT BER'PROBAS'.... skbbs
GAMBAR... disonglap dari facebook yang berdekatan,
jika anda tidak membenarkan gambar anda digunakan dalam blog ini, sila maklumkan kepada pihak saya dengan segera. Terima kasih.

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal...Jauhkan kemungkaran... Peace




Monday, May 23, 2011

Terkisah : Aku Dan ____________ (Part 2)

Kernih Baru...

  • Kernih baru semangat baru, walaupun dah kat ujung-ujung, yang penting kena semangat.
  • Doakan ana dan sahabat2 ana najah dalam imtihan thn 4, juga najah di dunia dan akhirat.
  • Doakan jua sahabat2 yang thn 1 naik 2, 2 naik 3, 3 naik 4, serta peringkat M.A dan sebagainya.
  • Doakan ana dipermudahkan urusan dalam melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w dalam sabdanya bermaksud :

    “Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


KERNIH TERAKHIR?... Semoga ianya menjadi kenyataan.

OK.. Jumpa lagi dalam part 3.. kawan-kawan jangan lupa ye
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace



Terkisah : Aku Dan ____________ (Part 1)

Roti Canai...

Semalam ada org order, katanya Safarah... huhuhu (harap2 bukan safarah sabek, kalau korang ckp safarah uganda pun aku percaya... huhuhu korang tak kenceng aku kan... ngeh3)
tapi ikutkan hati mcm malas nak buat, klau ikutkan nafsu memang nak buat... sbb duit blanja da abis, tinggal LE 15 untuk meneruskan sia-sia bulan ni...

Cerita seterusnya adalah... malas la nak cite... tgk je la gambar-gambar kat bawah ni pemprosesan roti canai aku...

Bahan : Air, garam, susu, telur, majerin

Tepung... 1kg cukup, banyak2 tak abis nnti

Pukul... sampai dia sakit, selagi tak klua buih tak sakit la tu

MASUK TEPUNG... dengan ikhlas ye

ULI... pastikan tangan bersih, kuku potong. 10-15 minit cukup.
Sambil bual-bual pasal team yang menang liga 19kali.

HASILNYA... da rata, ala-ala cumel gitu, biarkan 10 minit.
Sambil bual pasal manager yang baru kena pecat.

BULAT KECIK BULAT KECIK, BULATLAH BESAR... bole dpt 25 biji.

DAH NAK SIAP... sapu bekas ngn majerin, bulat2 td masuk dlm bekas

GORENG... tada.. siap sudah, hangus pun sudah...

HARGA :

ROTI KOSONG LE 2
ROTI TELUR LE 3
ROTI SARDIN LE 4

Tempahan kembali dibuka selepas Imtihan.

Tambahan : gambar pembuat tidak dapat dirakam kerana beliau seorang yang pemalu...

OK.. Jumpa lagi dalam part 2.. kawan-kawan jangan lupa ye
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace



Friday, May 20, 2011

Terkisah : Kelas Esok Pagi Batal

Seperti kat tajuk, Kelas Usul Feqh Nassi 21 Mei 2011 (esok pagi) dibatalkan kerana cikgu kami pergi Ziarah Makam. Ok, nak bagitahu itu sahaja.

Kelas Qodoyah Feqhiah, selepas maghrib di Rumah N.9 berjalan seperti biasa.


Belajar bab saham

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace





Kisah : Ramalan Hari Kiamat kristian

21 Mei 2011 dan 21 Oktober 2011

  • Sebuah gereja kristian yang menggelar diri mereka Family Radio ministry percaya kiamat akan tiba tahun ini. Pada 21 Mei 2011.
  • mereka yang percaya kepada ketuhanan Jesus Christ angkat diangkat kelangit dan diselamatkan dari malapetaka besar sebelum kiamat akhirnya menghancurkan bumi pada 21 Oktober.
  • Jadi, pada 21 Mei (hari ini) RAPTURE bakal berlaku.
  • Pada hari ini juga pengikut Family Radio ministry percaya kejadian gempa bumi besar-besaran akan melanda seluruh dunia yang membawa kepada banyak kematian.
  • Selama 3 bulan bumi akan dilanda malapetaka demi malapetaka sebelum akhirnya musnah pada 21 Oktober.

Berita ni disebarkan bukan lah untuk mempercayai kalam-kalam dari gereja, kerana saya pasti ramai yang telah membacanya selain kita didedahkan dengan kiamat yang akan berlaku pada 2012. Pertamanya kepada sesiapa yang telah membaca dan yang baru tahu tentang berita ini, kita selaku muslim hendaklah menetapkan keimanan percaya bahawa hanya Allah sahaja yang tahu bila berlakunya kiamat. Janganlah sesekali terdetik hati kita untuk menuruti bisikan syaitan hatta kalau ada diantara kalian yang mengubah diri bertaubat bukan disebabkan akan berlaku kiamat pada 21 mei 2011 seperti yang dinyatakan golongan Kristian yang menyesatkan. Sekiranya kiamat benar-benar terjadi pada 21 Oktober 2011 atau pada 2012 sekalipun, maka, tetapkanlah hati kita untuk mengimani bahawa segala yang berlaku ada ketentuan Allah yang maha mengetahui. Semua yang terjadi hanya kehendak Allah. Walaubagaimanapun Nabi Muhammad S.A.W telah memberi tanda-tanda berlakunya hari kiamat...

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi....

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.
  8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai pembukanya.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Berubahlah KERANA ALLAH


Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace



Thursday, May 19, 2011

PASTA

Balik kelas lapar,
singgah kedai nak beli makroni,
gelojoh sangat sampai tak prasan teramik PASTA,
pasta pun pasta lah....
tak pasal-pasal makan pasta goreng mamak.. kih kih kih

TADA.... ntah apa rasa


TUMIS.... bawang, kicap, sos cili, daging, lada,
garam, gula

SIAP SEDIA.... rebus pasta 10-15 minit

TELUR.... 2 biji cukup

AMEKAW.... masukan dia

ULI HINGGA SEBATI.... eh! silap pulak, gaul bagi rata

Makan baca BISMILLAH... jangan lupa tu...
Dah habis sepinggan ni paling kurang kena 1 makro' ni...

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace



Pembetulan! Pembetulan! dan Pembetulan!

Harap maaf!
Tarikh exam yang saya umumkan semalam berlaku kesilapan.
Berikut adalah tarikh terkini Imtihan fasal sani 2010/2011 Tahun 4 Syariah Islamiah...

20 Jun 2011 : Al-quran
23 Jun 2011 : Feqh Muqoron
27 Jun 2011 : Ahadith Ahkam
30 Jun 2011 : Usul Feqh
4 Julai 2011 : Bahas
7 Julai 2011 : Qodoyah Feqhiah
11 Julai 2011 : Feqh


Bukti kukuh


Tentang tips julang piala tu nnti dulu la ye... hehehe apapun..


Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace




Wednesday, May 18, 2011

Dah Boring La Tu

Perenggan pertama > Akibat tekanan sempena menghadapi imtihan ditambah kebosanan yang melampau...tiba-tiba gatal tgn nak tulis blog... (tak la melampau mana.. nampak na menipu.. kitab pun tak abis baca da bosan..dah2 gi baca kitab sana)... untuk makluman semua... exam aku jatuh pada 18 hb jun... Abis pulak 9hb Julai...

Perenggan Kedua > Oleh kerana dah 19 kurun aku tak bukak blog, jadi.. email dan paswed beliau telah aku lupai.. walaubagaimanpun (mesti salah eja kan) hasil ke'pick-up'an otak aku, (pick-up la sgt) hanya 5 kali 'je' cubaan mengagak paswed sendiri... cuba bayangkan setelah 19 kurun hanya 5 kali cubaan saje.. nampak na menipu lagi... di sini juga disertakan beberapa tips untuk menguatkan ingatan...pakej sempena imtihan...

1) Jauhi dosa... (yang ni susah sikit nak syarah, sbb banyak sgt juga sakitkan hati kengkawan... terutama sejak menang kejuaraan liga kali ke 19 ni.. bila kita buat dosa, kita akan sentiasa resah dan bimbang.. betul tak kawan-kawan? betul betul betul)

2) Sentiasa mengingat Allah dan banyakan berzikir... dan yang paling penting sekali.. SOLAT.. (Dalil daripada Al-Quran : "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"
(Al-Kahf: 24)

3) Tidak makan terlalu banyak (yang ni biasa la... klau da makan bnyk mesti... ngantuk... jadi makan tido makan tido bole datang kan penyakit... tak caya try lah... pastu bole kawan ngn ulo)

4) Makan ksimis dan madu (yang ni aku memang suka la.. bab makan kan... huhu.. sesetengah ulama' menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambah ingatan ialah kismis dan madu..time nak exam ni beli la kismis 2,3 kilo.. sedap beb... tapi kebanyakan pompuan x suka madu...)

Sebenarnya banyak lagi tips2 nak kuatkan ingatan ni... yang penting fokus, ulang bnyk kali... huhuhu kalau esok nak exam baru nak baca... ke laut la dik oiii... (aku la tu, korang jgn ikut aku... aku lain, aku baca time last2 tu la yang masyuk...pastu sibuk ngadu kat org.. aduh aku x abis baca ni.. ko da abis ek? mantap la ko...last2 padan muka aku... huhuhu)

nantikan tips2 akan dtg... cara-cara julang piala dengan betul... ngeh3

Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...