Monday, May 23, 2011

Terkisah : Aku Dan ____________ (Part 1)

Roti Canai...

Semalam ada org order, katanya Safarah... huhuhu (harap2 bukan safarah sabek, kalau korang ckp safarah uganda pun aku percaya... huhuhu korang tak kenceng aku kan... ngeh3)
tapi ikutkan hati mcm malas nak buat, klau ikutkan nafsu memang nak buat... sbb duit blanja da abis, tinggal LE 15 untuk meneruskan sia-sia bulan ni...

Cerita seterusnya adalah... malas la nak cite... tgk je la gambar-gambar kat bawah ni pemprosesan roti canai aku...

Bahan : Air, garam, susu, telur, majerin

Tepung... 1kg cukup, banyak2 tak abis nnti

Pukul... sampai dia sakit, selagi tak klua buih tak sakit la tu

MASUK TEPUNG... dengan ikhlas ye

ULI... pastikan tangan bersih, kuku potong. 10-15 minit cukup.
Sambil bual-bual pasal team yang menang liga 19kali.

HASILNYA... da rata, ala-ala cumel gitu, biarkan 10 minit.
Sambil bual pasal manager yang baru kena pecat.

BULAT KECIK BULAT KECIK, BULATLAH BESAR... bole dpt 25 biji.

DAH NAK SIAP... sapu bekas ngn majerin, bulat2 td masuk dlm bekas

GORENG... tada.. siap sudah, hangus pun sudah...

HARGA :

ROTI KOSONG LE 2
ROTI TELUR LE 3
ROTI SARDIN LE 4

Tempahan kembali dibuka selepas Imtihan.

Tambahan : gambar pembuat tidak dapat dirakam kerana beliau seorang yang pemalu...

OK.. Jumpa lagi dalam part 2.. kawan-kawan jangan lupa ye
Jaga kesihatan.... Tambah keimanan... Tambah keinsafan...Solat jgn tinggal... Jauhkan kemungkaran... Peace



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...