Thursday, April 10, 2008

Arkan Talak Inda As-Syafieah

Ia adalah terdiri dari 5 perkara.

  1. Suami.
  2. Sighat atau lafaz talak.
  3. Mahal atau tempat yang hendak ditalak si isteri.
  4. Wilayah atau kuasa ke atas isteri.
  5. Kasad atau apa yang diniatkan bagi lafaz talak itu.

  • Rukun talak yang pertama ialah syarat pada suami yang mentalak. Hendaklah suami itu suami yang mukallaf, yang siuman iaitu tidak mabuk dan tidak gila. Orang yang tidak siuman akalnya, apabila suami berkata ;Aku ceraikan kamu; kepada isterinya, tidak jatuh talak.

Begitu juga syarat pada suami untuk menceraikan isteri mestilah bukan kerana dipaksa seperti dipaksa oleh ayah atau kaum keluarga untuk menceraikan isteri. Cerai yang dipaksa atau yang digagah, hukumnya tidak jatuh talak.

  • Rukun talak yang kedua ialah sighat. Adapun yang dikatakan sighat atau lafaz tadi ialah lafaz yang menyatakan perceraian atau perpisahan. Ia ada dua iaitu pertama lafaz sarih atau lafaz yang nyata atau terang-terang yang menyebut kalimah talak. Kedua lafaz kinayah atau lafaz sindiran iaitu menyebut kalimah cerai atau talak tidak secara terang-terang.

Bagaimanakah boleh jatuh talak pada seorang isteri itu secara lafaz sarih? Seorang suami berkata kepada isterinya,
;Aku talakkan engkau!;

;Aku ceraikan engkau!;
;Hai
orang yang kena talak!; dan sebagainya.
Apabila
kalimah ini disebut kepada isteri samada dalam perkelahian atau pun tidak, maka jatuhlah talak. Jatuhnya talak dengan menyebut kalimah yang terang-terang begini, samada suami berniat ataupun tidak berniat demikian, kedua suami isteri itu sudah bercerai.

Lafaz kinayah atau lafaz sindiran ialah dengan
menyatakan perceraian atau talak tidak secara terang-terang. Jatuhnya talak ke atas isteri boleh jadi samar-samar atau boleh jadi meragukan. Kerana, lafaz sindiran atau lafaz kinayah ini boleh diertikan dengan maksud perceraian ikatan perkahwinan ataupun dengan maksud lain. Katalah seorang suami berkata kepada isterinya,
;Pulanglah engkau ke rumah
orang tua kamu
;Engkau boleh hidup
bebas
;pergilah engkau dari
sini.
Kata-kata sindiran seperti ini bergantung
kepada niat suami mengeluarkan perkataan tadi. Kalau sekiranya, suami menyuruh isterinya pulang saja kepada orang tuanya dengan tidak diniatkan untuk menceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Tetapi, kalau diniatkan hendak bercerai, maka jatuhlah talak.

  • rukun talak yang ketiga ialah mahal iaitu tempat yang hendak ditalak. Mahal ini tentulah isteri. Dan isteri itu hendaklah sebenar-benar isterinya, walaupun isteri itu masih di dalam iddah kerana isteri yang di dalam iddah adalah di bawah kuasa suami lagi.

Adapun mahal atau tempat yang hendak dijatuhkan talak iaitu isterinya, ia memberi erti apa saja pada isteri. Setiap juzuk anggota pada isterinya itu adalah mahal atau tempat yang hendak ditalak. Oleh itu, kalau sekiranya suami mengatakan,
;Aku talak telinga
kamu.
;Aku talak kaki kamu dan sebagainya.
Maka sabit jatuhnya talak. Kecuali juzuk
yang suami sebutkan itu bukan merupakan sebahagian anggotanya seperti air liur atau peluhnya.

  • Rukun talak yang keempat ialah kuasa di atas isteri atau yang dikatakan wilayah. Hendaklah isteri itu milik kepada suami yang mentalak. Kalau bukan milik suami, maka perempuan itu bukan dikatakan wilayah. Adapun kuasa talak itu adalah pada isteri yang dimilikinya, walaupun isteri yang di dalam Iddah.
  • Rukun talak yang kelima ialah kasad atau niat pada talak. Maksudnya di sini ialah, lafaz yang digunakan untuk mentalak isteri adalah dengan niat hendak menceraikannya. Dalam ertikata yang lain, lafaz yangdiucapkan adalah diniatkan untuk cerai. Niat menjatuhkan talak isteri ini akan jatuh talaknya walaupun di dalam bergurau senda. Katalah suami berkata di dalam majlis bersama kawan-kawannya, ;Aku ceraikan isteri aku;. Hukumnya jatuh talak.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...