Tuesday, April 1, 2008

Ada Apa Dengan April fool's day??

Tanggal 1 april yang mana tahun nya telah Aku lupai, yang pasti saat itu adalah zaman Dash Yankuro menguasi minda setiap anak-anak yang bersekolah rendah mahupun menengah. Mungkin ketika aku masih darjah 4 atau 5 sekolah agama atau popular dengan sekolah petang (Sekolah Agama Pt Hj Adnan). Sebutlah Super Emperor, Proto Emperor, Shooting Star, Canon Ball dan sebagainya, pasti menjadi teman setia kitab-kitab di dalam beg. Sehingga Ustazah yang mengajar kami tetapi biasa dengan panggilan cikgu jijah pening melihat telatah kami. Sebenarnya apa yang Aku ingin kongsikan dengan kalian bukanlah cerita dash yankuro, Aku ponteng sekolah ataupun cerita kereta Super Emperor Aku yang paling laju tetapi............
(SILA
LENGKAPKAN CERITA INI MENGIKUT IDEA ANDA, TIDAK KURANG 50 PATAH PERKATAAN).
Tetapi satu-satunya kisah yang hanya TERKISAH
DE FIRDAUSI iaitu kisah april fool ketika 'zaman jahiliah' Aku dahulu. Setelah selesai solat Asar ketika Aku dan teman-teman bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran seterusnya, Aku disapa Sopian (bukan nama sebenar dan bukan juga Binjai) kawan sekelasku berbadan agak bulat. "Mamat ni tak abis-abis nak paw kerepek sukun Aku" terdetik dalam hatiku sebab beliaulah yang rajin berkongsi makanan dengan aku walaupun di tangannya masih ada lagi 2 bungkus kerepek sukun. Namun apa yang Aku sangkakan pada hari itu tidak benar. Setelah panggilan pertamanya aku abaikan sambil menyorokan kerepek sukun Aku dalam beg, Sopian memanggil Aku berulang-ulang kali sehingga memaksa Aku menoleh beliau dalam keadaan tidak berapa ikhlas. "wei.. ada orang nak jumpa kau kat blakang kelas". Sopian kelihatannya bersungguh-sungguh menyampaikan berita itu. "sape yang nak jumpe aku tu Pian?" tanya Aku dengan sedikit hairan. Sambil mengunyah kerepek " ntah,tp pompuan.. kau pegi la tengok sendiri, nanti aku cover line" Pian menjawab. Nani, Ani, Alin dan Mimi (semua bukan nama sebenar) telah berdiri di belakang kelas menunggu Aku. Mereka juga merupakan rakan sekelasku. Nani menghampiriku dan meghulurkan sekeping kertas seakan berbentuk surat. Aku yang memang sedikit pemalu mengambil kertas tersebut lalu beredar masuk ke kelas, begitu juga Nani dan teman-teman nya. Setelah perenggan demi perenggan Aku amati isi kandungan surat tersebut, tahulah Aku yang Nani meluahkan isi hatinya menyukai Aku dan beliau ingin berjumpa dengan ku sekali lagi sebelum pulang ke rumah.Aku juga menceritakan segalanya kepada teman-teman sekelasku yang lain ingin memohon pendapat atau pandangan. Sepanjang sesi pembelajaran Aku jadi tidak tenang memikirkan isi kandungan surat tadi sambil mata Aku nakal mencuri pandang gelagat Nani. Setelah tamat sesi persekolahan, seperti yang dijanjikan aku berjumpa semula dengan Nani dan teman-temannya. Aku sekali lagi dihulurkan sepucuk surat yang kali ini lebih jiwang kelihatannya. Aku buka sampul surat tersebut dengan sopan satu persatu sehingga menampakan isi kandungan nya.. " JANGAN PERASAN.. APRIL FOOL!!" 4 perkataan yang membuatkan hatiku luluh seperti lirik lagu samsons -luluh- "segenap hatiku luluh lantah mengiringi dukaku dan kehilangan dirimu sungguh ku tak mampu mereda kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu". Mereka beredar membawa haluan sambil mentertawakan Aku. Rupanya dendam tahun lepas mereka pada Aku masih membara. Dendam hadiah katak yang aku berikan april fool tahun lepas berbalas tahun ini.

Namun, hari ini Aku tertawa sinis bila mengenangkan kisah-kisah ketika zaman persekolahan dulu sambil memikirkan April fool's day sebenarnya dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Aku menundukan muka sambil beristighfar malu pernah bersuka ria dengan April fool.

Di sini Aku sertakan sedikit renungan dan pedoman buat kita semua. Sebenarnya perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakansewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskanorang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa initurut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Sekian.


2 comments:

Akhie Mujahied said...

hahahhaha.. baik dokmat. mantap arr skrg menulis. nnt aku cadangkan nama kau kat zaki minta dia masukkan kau dlm krew SUKEJ...

defirdausi said...

aku dah masuk dlm krew SUKEJ pun.. hihihi sbb tu kena brani2 buat blog.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...