Saturday, March 29, 2008

BoxOpis... Menanti Sebuah Penantian

Aku sendiri tidak tahu bagaimana Aku harus memulakan sebuah kisah yang tragis lagi pilu ini. Namun, ianya tiada kaitan dengan lagu awan yang terpilu mahupun penyanyi lagu tersebut, apatah lagi jiran beliau. Lama juga Aku memikirkan idea yang logik untuk memulakan sebuah kisah yang pastinya belum ditontonkan di Kisah Benar, Impak Maksima mahupun Buletin Utama. Watak utama dalam kisah ini didukung oleh Malik seorang actor yang kacak lagi macho serta adakalanya bersifat ke'playboy'an. Digilai peminatnya tidak kira anak dara, tunangan orang mahupun isteri orang yang beranak empat. (wakaka.. gelak sekejap). Manakala watak pembantu didukung oleh Mat, dock (bukan nama sebenar), Kapan, dan Mael. Sedia maklum mereka ini biasa-biasa sahaja. Cerita ini mengisahkan Malik seorang mahasiswa Al-Azhar yang balik bercuti ke Malaysia dan dalam waktu terdekat ini ingin pulang menyambung pengajian beliau di Universiti Al-Azhar. (cerita ini tiada kaitan dengan filem Ayat-ayat Cinta bahkan John Rambo). Malik juga merupakan teman serumah atau nama manja yang lazim digunakan 'ahli bait' atau 'roomate' kepada Mat, Dock, Kapan. Manakala Mael pula adalah seorang driver mereka berempat yang diberi kepercayaan untuk menjemput Malik di lapangan terbang. Kisah bermula apabila Dock yang sedang khusyuk berbalas SMS dengan 'N' (bukan nama sebenar) tiba-tiba dikejutkan dengan satu SMS daripada 'M' iaitu Malik menyatakan beliau akan menjejakan kaki di Cairo International Airport pada hari jumaat jam 6 petang seperti yang dimaklumkan oleh seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Arif (juga bukan nama sebenar). Setelah segala urusan berjalan lancar, Malik menaiki penerbangan Kuwait Airways menuju ke destinasinya dari Kuala Lumpur ke Kuwait dan Kuwait ke Cairo yang memakan masa 15 jam termasuk persinggahan 6 jam di Kuwait International Airport. Penantian membosankan selama 6 jam ketika transit tidak dapat dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti shoping, smoking, sleeping, chatting dan sebagainya kerana hanya berbekalkan Ringgit Malaysia 700 yang tidak diterima penukarannya. Namun beliau gagahi kebosanan itu dengan tabah, mungkin kerana beliau mendapat semangat setelah mendapat panggilan telefon daripada 'S' (juga bukan nama sebenar). Lantaran itu, beliau meneruskan penerbangan dengan menaiki pesawat yang sama sehingga tiba di Cairo International Airport tepat jam 4.15 petang. Kesilapan maklumat awal membuatkan beliau tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan walhal telah dinyatakan di dalam tiket waktu ketibaan jam 4 petang. Sedang leka Mat dengan 'Need For Speed Pro Street'nya, Kapan dengan kuali periuknya dan Dock dengan 'Fantasy Football'nya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu SMS daripada Malik. "Dock, ko amik aku ke? Klu x amik aku nek teksi, tp nt pnjm sen ko dlu la,sok aku byo semo eh? -Malik-" SMS ini dihantar jam 4.45 petang, mungkin kerana Malik yang telah keluar setengah jam yang lalu masih tidak nampak kelibat teman serumahnya. Tanpa rasa bersalah, teman serumahnya meneruskan aktiviti masing-masing kerana menyangka Malik akan tiba jam 6 petang. Namun, atas rasa sikap setia kawan, Mat menghubungi Mael yang sedang memasak di rumahnya untuk bergegas ke lapangan terbang tika itu juga. Dalam perjalanan ke 'mator' mereka sekali lagi menerima SMS dari Malik. "oi,aku da 2jam 30min kat sni,nk msg pn kena mintk org msia topupkn, ko nk dtg xnk,aku dh bosan nak mampos ni beb,aku kat mator bru,t'minal yg ujg,pas ni x leh msg." Namun, mereka akhirnya dapat bersua muka dengan riak wajah Malik yang kebosanan, 'kehanginan' satu badan dan berbagai reaksi bosan menanti sebuah penantian. Walau bagaimanapun, meraka selamat sampai di rumah dan hidup dalam keadaan aman, damai, makmur serta bahagia sambil menjamu selera juadah dari Malaysia iaitu Maruku Baby (yg plastiknya putih merah ada gambar baby.. ingat x?.. sedap). Sekian, Terima Kasih.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...