Friday, June 20, 2008
aKTiViTi oH aKTiViTi

Sunday, June 8, 2008
Berakhir dan Bermula
Artikel ini ditulis ketika malik sedang soal aku bila waktu hitan.. mungkin sebab dia belum hitan kot sebab tu dia tanya aku.. hahaha x de la.. sebenarnya dia soal aku saje je utk persediaan tajuk hisol fitrah.. dia bab2 hitan ni memang dia suka.. x tahu la kenapa.. mungkin sebab dia suka hitan kot.. dan artikel ni di post pun saje je.. nak hilangkan kebosanan tunggu mat fami klua bilir air.. lagi 4 jam nak masuk peksa.. Ahadith Ahkam.. madah last.. Kawan2, doakan kami semua.. lepas exam ni x tahu lagi apa perancangan.. rasa mcm nak tido je.. huhuhu x pun main game ke.. biasa la game manager apa lagi.. ni semua pengaruh rakan sebaya.. kalau bole korang jangan main la game ni.. bahaya dok... ada hantu dia.. bole kena rasuk.. macam kapan dah kena rasuk sikit dah ni.. pas peksa nnti x tahu la.. hahaha mat fami dah klua bilik air.. aku nak stop.. nak pegi peksa dah.. sekian coretan merepek dari aku...
Saturday, June 7, 2008
KETIKA

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Minyak Situ Sana Sini

When fuel prices go High "lebih jimat daripada biasa"
"Bang.. berapa mau isi.. seploh, dua ploh, penoh?" penuh. Aku dengan sponton nya menjawab. "Apa ni Bai, isi RM50 dapat 18 liter lebih je..nak songlap letak kat motor lu agak-agak la Bai" Tiba-tiba pakcik Bangla tu kena marah dengan aku walhal aku dah tahu harga minyak dah naik. Konon nya nak tunjuk protes la tu. Dan aku comfirm pakcik Bangla tu akan jawab dalam hati sebab dia tak tahu maksud tersirat ayat aku tadi, "nak minyak murah duduk venezuela la Bai".
Hari ini semua yang bewarganegarakan Malaysia hangat berciter pasal minyak dah naik, jadi secara kiraan matematik nya semua barang akan naik dek kerana segala pengangkutan memerlukan petrol dan diesel (kecuali mereka yang mempunyai kereta himar). bak kata pepatah politik BN barang naik. Mungkin hanya segelintir mereka yang tidak peka hanya memikirkan Euro 08, menyusun pemain untuk fantasy nya atau study maut tak klua bilik dan sebagainya. Kepada dato'-dato', datin-datin, saudagar-saudagar, VIP-VIP mereka mungkin memandang enteng tentang masalah ini tetapi bagaimana nasib mereka, korang, dia, aku yang hidup sederhana mengharapkan gaji yang tak kunjung naik (aku x keje lagi, harap maklum)
dan bagaimana pula yang hanya mengharapkan duit hasil kebun yang tidak seberapa untuk menyara 6 orang anak. Lenakah tidur mereka? Kepada pihak yang berkenaan diharap dapat ambil perhatian yang serius.
Berikut adalah harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)
zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
Subscribe to:
Posts (Atom)