Saturday, June 7, 2008

Minyak Situ Sana Sini








When fuel prices go High "lebih jimat daripada biasa"

"Bang.. berapa mau isi.. seploh, dua ploh, penoh?" penuh. Aku dengan sponton nya menjawab. "Apa ni Bai, isi RM50 dapat 18 liter lebih je..nak songlap letak kat motor lu agak-agak la Bai" Tiba-tiba pakcik Bangla tu kena marah dengan aku walhal aku dah tahu harga minyak dah naik. Konon nya nak tunjuk protes la tu. Dan aku comfirm pakcik Bangla tu akan jawab dalam hati sebab dia tak tahu maksud tersirat ayat aku tadi, "nak minyak murah duduk venezuela la Bai".

Hari ini semua yang bewarganegarakan Malaysia hangat berciter pasal minyak dah naik, jadi secara kiraan matematik nya semua barang akan naik dek kerana segala pengangkutan memerlukan petrol dan diesel (kecuali mereka yang mempunyai kereta himar). bak kata pepatah politik BN barang naik. Mungkin hanya segelintir mereka yang tidak peka hanya memikirkan Euro 08, menyusun pemain untuk fantasy nya atau study maut tak klua bilik dan sebagainya. Kepada dato'-dato', datin-datin, saudagar-saudagar, VIP-VIP mereka mungkin memandang enteng tentang masalah ini tetapi bagaimana nasib mereka, korang, dia, aku yang hidup sederhana mengharapkan gaji yang tak kunjung naik (aku x keje lagi, harap maklum)
dan bagaimana pula yang hanya mengharapkan duit hasil kebun yang tidak seberapa untuk menyara 6 orang anak. Lenakah tidur mereka? Kepada pihak yang berkenaan diharap dapat ambil perhatian yang serius.

Berikut adalah harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...