Friday, June 20, 2008

aKTiViTi oH aKTiViTi

Imtihan fasal sani melabuhkan tirainya sejak beberapa hari lalu. Ada yang gembira ada yang berduka. Ada juga yang biasa-biasa. Lumrah.. pastinya mereka yang bergembira adalah mereka yang mampu memberikan jawapan terbaik dalam imtihan. Ada juga yang menyembunyikan membiarkan apa yang telah berlaku tidak perlu dikenang. Ada juga yang baina-baina antara yakin dan tidak. Bukan apa, tidak mahu terlalu yakin atau over confident menguasai diri. Semoga segala usaha, doa dan tawakal kita Allah balas dengan kejayaan. Amin.. Selesai Imtihan tidak bermakna kita merdeka kerana banyak lagi ujian-ujian dari Allah yang kita perlu hadapi cuma merdeka itu penenang fikiran atau minda yang kita telah kerah sepanjang beberapa bulan yang lepas. Tentu banyak program atau aktiviti yang dirancang selepas selesainya imtihan bahkan ada yang telah merancang apa yang nak dibuat selepas imtihan berakhir padahal imtihan belum bermula. Agaknya apa aktiviti korang lepas abis imtihan dan akan berhadapan dengan cuti musim panas. Kepada mereka yang meminati sukan bola sepak, pastinya tidak melepaskan peluang utk menyaksikan EURO 08 di kaca tv mahupun di skrin komputer yg bole ditonton secara live dari internet. Untungnya menyaksikan Euro 08 di Mesir ni kerana waktunya yang bersesuaian tidak perlu berjaga lewat malam seperti di Malaysia. Selepas isyak pukul 9.45 sambil makan masyrawi duduk depan komputer tengok live dari internet, pastu ngantuk terus tido. Selain aktiviti sendiri, BKAN pastinya merancang banyak program ilmiah sempena musim cuti ni dan yang ditunggu-tunggu pastinya program rehlah. Agak-agaknya tahun ni rehlah ke mana ya? Dengar-dengarnya 22 Jun 08 ada kembara pyramid. Macam menarik bunyinya. Maklumlah dah 4 tahun kat bumi mesir ni belum penah sekali pun tengok pyramid. Program² lain menyusul kemudian. Aktiviti paling menarik masa cuti ni mesti lah balik malaysia kan. Mesti seronok kan korang yang balik malaysia tahun ni. Lebih2 lagi yang dah 3 atau 4 tahun tak balik. tapi ada juga yang balik setahun 2 kali, tak nak kalah yang balik setahun 3 kali pun ada.. kata malik.. dak² smakj je macam tu.. huhuhu gurau je.. (gurauan di jawazat masa boring² nak taslim). Ada juga yang balik mengejut, tahu² je dah balik rupanya dia. Macam-macam karenah nya..Aku pulak masih dengan jawapan yang sama.. Tak tahu lagi balik ke tak.. tgk la nnti macam mana.. Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...