
Friday, June 20, 2008
aKTiViTi oH aKTiViTi

Sunday, June 8, 2008
Berakhir dan Bermula
Saturday, June 7, 2008
KETIKA

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Minyak Situ Sana Sini

When fuel prices go High "lebih jimat daripada biasa"
"Bang.. berapa mau isi.. seploh, dua ploh, penoh?" penuh. Aku dengan sponton nya menjawab. "Apa ni Bai, isi RM50 dapat 18 liter lebih je..nak songlap letak kat motor lu agak-agak la Bai" Tiba-tiba pakcik Bangla tu kena marah dengan aku walhal aku dah tahu harga minyak dah naik. Konon nya nak tunjuk protes la tu. Dan aku comfirm pakcik Bangla tu akan jawab dalam hati sebab dia tak tahu maksud tersirat ayat aku tadi, "nak minyak murah duduk venezuela la Bai".
Hari ini semua yang bewarganegarakan Malaysia hangat berciter pasal minyak dah naik, jadi secara kiraan matematik nya semua barang akan naik dek kerana segala pengangkutan memerlukan petrol dan diesel (kecuali mereka yang mempunyai kereta himar). bak kata pepatah politik BN barang naik. Mungkin hanya segelintir mereka yang tidak peka hanya memikirkan Euro 08, menyusun pemain untuk fantasy nya atau study maut tak klua bilik dan sebagainya. Kepada dato'-dato', datin-datin, saudagar-saudagar, VIP-VIP mereka mungkin memandang enteng tentang masalah ini tetapi bagaimana nasib mereka, korang, dia, aku yang hidup sederhana mengharapkan gaji yang tak kunjung naik (aku x keje lagi, harap maklum)
dan bagaimana pula yang hanya mengharapkan duit hasil kebun yang tidak seberapa untuk menyara 6 orang anak. Lenakah tidur mereka? Kepada pihak yang berkenaan diharap dapat ambil perhatian yang serius.
Berikut adalah harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)
zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
Thursday, May 22, 2008
UNITED TRIUMPH

Setelah perlawanan sebenar tamat 1-1 hingga 120 menit, The Red Devils akhirnya menjulang kejuaran Champions League ketiga mereka. Sebelum ini MU meraih titel juara pada tahun 1968 dan 1999. Keputusan ini sekaligus membuat rekor 100% juara mereka jika berlaga di final Liga Champions tetap terjaga.
Dalam 120 menit, Cristiano Ronaldo dan Frank Lampard sama-sama menyumbangkan gol bagi pasukannya. Namun pada penentuan sepakan penalti Ronaldo menjadi orang pertama yang gagal melaksanakan tugasnya. Tendangannya berhasil ditepis keluar oleh Petr Cech.
MU seharusnya mengucapkan terima kasih kepada John Terry kerana gagal memasukkan bola ke dalam gawang Edwin Van der Sar setelah tendangannya terkena tiang. "Setan Merah" pun akhirnya dinobatkan sebagai juara setelah Van Der Sar menggagalkan tendangan Anelka. Dengan kemenangan 7-6.
Perlawanan
Kedua-dua pasukan berbalas seranagan sejak wisel babak pertama dibunyikan oleh pengadil Lubos Michel. Beberapa insiden kecil dan pelanggaran sempat terjadi. Salah satunya adalah antara Paul Scholes dan Claude Makelele ketika tengah berebut bola di udara. Hidung Scholes berdarah dan pengadil pun memberikan kad kuning kepada keduanya.
Di tengah sejuknya cuaca Moscow, penyokong MU pun bersorak kegirangan. Penyebabnya apalagi kalau bukan gol yang diciptakan oleh tandukan Cristiano Ronaldo pada menit 26.
Bermula dari kerjasama antara Wes Brown dan Paul Scholes di sayap kiri pertahanan Chelsea, Brown melakukan crossing dengan kaki kirinya . Ronaldo yang telah menunggu di kotak penalti lantas menanduk bola ke arah gawang dan meletakan The Red Devils mendahului 1-0.
Chelsea berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada menit 33. Dimulakan dengan umpan tandukan Didier Drogba, bola 50:50 mengenai kepala Rio Ferdinand yang tengah bertarung dengan Michael Ballack. Bola yang yang mengarah ke gawang MU itu kemudian berhasil ditepis Edwin van Der Sar dan hanya menghasilkan sepakan penjuru.
Semenit kemudian giliran Carlos Tevez yang mengancam gol Petr Cech. Tandukannya menyambut umpan lambung Ronaldo masih bisa ditepis oleh Cech. Bola kemudian dikeluarkan oleh John Terry dan jatuh ke kaki Michael Carrick. Gelandang Inggris itu pun melepaskan tembakan, namun sekali lagi mampu ditepis oleh Cech.
Tiga menit sebelum separuh masa berakhir, Tevez kembali membuat pertahanan Chelsea kucar-kacir melalui umpanan cantik Wayne Rooney di depan gawang Cech. Tetapi, penyerang asal Argentina itu gagal mengubahnya menjadi gol karena kakinya tak mampu menjangkau bola tersebut.
Sesaat sebelum separuh masa berakhir Frank Lampard akhirnya menyamakan kedudukan. Bola hasil tendangan Makelele yang membentur punggung Rio Ferdinand langsung disambar oleh pemain tengah Englang itu. Kedudukan 1-1 pun bertahan hingga akhir babak pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Chelsea terus mengambil inisiatif menyerang. Hasilnya skuad arahan Avram Grant itu menguasai pertandingan dan membuat MU tertekan.
Menit 54 Chelsea memiliki peluang untuk memperoleh keunggulan. Dari serangan balik yang tersusun, bola pun jatuh ke kaki Michael Essien. Pemain tengah Ghana itu kemudian menggiring bola hingga ke ujung kotak penalti sebelum akhirnya ia melepaskan sebuah tendangan. Namun, sepakannya masih melambung di atas gawang MU.
Dua menit kemudian giliran Ballack yang memperoleh peluang. Namun, tendangan kencang pemain tengah Jerman itu dari luar kotak penalti masih sipi di sisi kiri gawang Van Der Sar.
Drogba membuat penyokong kembali harus menghela nafas pada menit 78. Setelah mendapat ruang gerak yang cukup luas, pemain asal Pantai Gading itu melepaskan tendangan dari luar kotak penalti. Tetapi usahanya itu gagal membuahkan gol karena sepakannya masih diselamatkan tiang gawang.
Lima minit waktu tambahan berjalan, Chelsea kembali memperoleh peluang untuk mendahului. Namun, tendangan kaki kiri Lampard di dalam kotak penalti masih sekali lagi diselamatkan palang gol.
Pada menit ke-100 tendangan Ryan Giggs hampir membuat MU kembali mendahului. Bermula dari hantaran lintang Patrice Evra di sisi kanan pertahanan Chelsea, pemain Wales itu pun menyambar bola tersebut, namun kepala John Terry berhasil menghalang tendangan tersebut dan hanya menghasilkan sepakan penjuru.
Chelsea harus bermain dengan 10 orang sejak menit 115 setelah Didier Drogba dikeluarkan oleh pengadil Lubos Michel.
Kejadian tersebut berawal dari kekecohan kecil di sisi kiri Chelsea antara Carlos Tevez dan Michael Ballack. Wasit pun memberikan kad kuning kepada keduanya. Namun, kartu merah justru dikeluarkan terhadap Drogba kerana pemain Pantai Gading itu "menampar" wajah Nemanja Vidic.
Perlawanan pun ditentukan melalui sepakan penalti. Edwin Van der Sar menjadi pahlawan MU setelah menggagalkan penendang terakhir The Blues, Nicolas Anelka. Sebelumnya Cristiano Ronaldo dan John Terry menjadi penendang yang gagal melaksanakan tugasnya.
Susunan Pemain:
Manchester United: Van der Sar, Brown(Anderson 120), Ferdinand, Vidic, Evra, Carrick, Hargreaves, Scholes (Giggs 87), Ronaldo, Tevez, Rooney (Nani 101)
Chelsea: Cech, A. Cole, Terry, Carvalho, Joe Cole(Anelka 98), Lampard, Essien, Malouda(Kalou 91), Makelele(Beletti 120), Ballack, Drogba
Monday, May 19, 2008
Kesian..
Wednesday, April 16, 2008
Bilik Air Baru

GAMBAR sekadar hiasan
Penantian untuk menikmati bilik air baru berakhir semalam, setelah dua hari merantau jauh menumpang bilik air rumah orang. Kejadian ini berlaku adalah disebabkan tidak puas hatinya orang arab bawah rumah kami. Setiap kali pintu rumah kami diketuk, pasti ayat yang sama yang akan kami dengar, "fi moya nazil". Kalau 20 kali beliau ketuk pintu rumah kami, 20 kali lah beliau cakap ayat tersebut. Disebabkan kebosanan beliau maka dengan selamba beliau memanggil 'sabak' (kata mat fami sabak ni orang yang kerjanya menukang bilik air) memecahkan bilik air rumah kami untuk diganti baru. Di sini dinyatakan antara mangsa-mangsa keadaan yang terlibat ialah rumah dende, rumah pejul dan rumah farhan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana sudi memberi keizinan kepada kami menumpang mandi dan sebagainya. Semoga jasa baik kalian Allah balas dengan kejayaan. Amin... Kepada mereka yang tidak dapat menumpangkan kami bilik air diharap tidak berkecil hati. Sekian terima kasih. Huhuhuhu
Thursday, April 10, 2008
Arkan Talak Inda As-Syafieah
Ia adalah terdiri dari 5 perkara.
- Suami.
- Sighat atau lafaz talak.
- Mahal atau tempat yang hendak ditalak si isteri.
- Wilayah atau kuasa ke atas isteri.
- Kasad atau apa yang diniatkan bagi lafaz talak itu.
- Rukun talak yang pertama ialah syarat pada suami yang mentalak. Hendaklah suami itu suami yang mukallaf, yang siuman iaitu tidak mabuk dan tidak gila. Orang yang tidak siuman akalnya, apabila suami berkata ;Aku ceraikan kamu; kepada isterinya, tidak jatuh talak.
Begitu juga syarat pada suami untuk menceraikan isteri mestilah bukan kerana dipaksa seperti dipaksa oleh ayah atau kaum keluarga untuk menceraikan isteri. Cerai yang dipaksa atau yang digagah, hukumnya tidak jatuh talak.
- Rukun talak yang kedua ialah sighat. Adapun yang dikatakan sighat atau lafaz tadi ialah lafaz yang menyatakan perceraian atau perpisahan. Ia ada dua iaitu pertama lafaz sarih atau lafaz yang nyata atau terang-terang yang menyebut kalimah talak. Kedua lafaz kinayah atau lafaz sindiran iaitu menyebut kalimah cerai atau talak tidak secara terang-terang.
Bagaimanakah boleh jatuh talak pada seorang isteri itu secara lafaz sarih? Seorang suami berkata kepada isterinya,
;Aku talakkan engkau!;
;Aku ceraikan engkau!;
;Hai orang yang kena talak!; dan sebagainya.
Apabila kalimah ini disebut kepada isteri samada dalam perkelahian atau pun tidak, maka jatuhlah talak. Jatuhnya talak dengan menyebut kalimah yang terang-terang begini, samada suami berniat ataupun tidak berniat demikian, kedua suami isteri itu sudah bercerai.
;Pulanglah engkau ke rumah orang tua kamu
;Engkau boleh hidup bebas
;pergilah engkau dari sini.
Kata-kata sindiran seperti ini bergantung kepada niat suami mengeluarkan perkataan tadi. Kalau sekiranya, suami menyuruh isterinya pulang saja kepada orang tuanya dengan tidak diniatkan untuk menceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Tetapi, kalau diniatkan hendak bercerai, maka jatuhlah talak.
- rukun talak yang ketiga ialah mahal iaitu tempat yang hendak ditalak. Mahal ini tentulah isteri. Dan isteri itu hendaklah sebenar-benar isterinya, walaupun isteri itu masih di dalam iddah kerana isteri yang di dalam iddah adalah di bawah kuasa suami lagi.
Adapun mahal atau tempat yang hendak dijatuhkan talak iaitu isterinya, ia memberi erti apa saja pada isteri. Setiap juzuk anggota pada isterinya itu adalah mahal atau tempat yang hendak ditalak. Oleh itu, kalau sekiranya suami mengatakan,
;Aku talak telinga kamu.
;Aku talak kaki kamu dan sebagainya.
Maka sabit jatuhnya talak. Kecuali juzuk yang suami sebutkan itu bukan merupakan sebahagian anggotanya seperti air liur atau peluhnya.
- Rukun talak yang keempat ialah kuasa di atas isteri atau yang dikatakan wilayah. Hendaklah isteri itu milik kepada suami yang mentalak. Kalau bukan milik suami, maka perempuan itu bukan dikatakan wilayah. Adapun kuasa talak itu adalah pada isteri yang dimilikinya, walaupun isteri yang di dalam Iddah.
- Rukun talak yang kelima ialah kasad atau niat pada talak. Maksudnya di sini ialah, lafaz yang digunakan untuk mentalak isteri adalah dengan niat hendak menceraikannya. Dalam ertikata yang lain, lafaz yangdiucapkan adalah diniatkan untuk cerai. Niat menjatuhkan talak isteri ini akan jatuh talaknya walaupun di dalam bergurau senda. Katalah suami berkata di dalam majlis bersama kawan-kawannya, ;Aku ceraikan isteri aku;. Hukumnya jatuh talak.
Study Mudy.....

Hahahaha Apalah yang aku merepek ni. Makan kerepek pisang yang Malik bawa lagi sedap, sambil mentelaah kitab ahwal syahsiah, tajuk 'Arkanu Talak'. Sebab Study Group aku dapat tajuk ini. Sambil berangan.. Murid-murid, buka muka surat 126, hari ini kita akan belajar tajuk 'Arkanu Talak'.. teringat kembali hari-hari indah aku ketika pertama kali menjadi warga pendidik di Sekolah Agama Pt Hj Adnan. Yang pastinya hari-hari indah itu bukan bersama murid-murid ku, tetapi bersama...... Ok. Aku nak sambung study. Sekian Terima Kasih.
Tuesday, April 1, 2008
Ada Apa Dengan April fool's day??

(SILA LENGKAPKAN CERITA INI MENGIKUT IDEA ANDA, TIDAK KURANG 50 PATAH PERKATAAN).
Tetapi satu-satunya kisah yang hanya TERKISAH DE FIRDAUSI iaitu kisah april fool ketika 'zaman jahiliah' Aku dahulu. Setelah selesai solat Asar ketika Aku dan teman-teman bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran seterusnya, Aku disapa Sopian (bukan nama sebenar dan bukan juga Binjai) kawan sekelasku berbadan agak bulat. "Mamat ni tak abis-abis nak paw kerepek sukun Aku" terdetik dalam hatiku sebab beliaulah yang rajin berkongsi makanan dengan aku walaupun di tangannya masih ada lagi 2 bungkus kerepek sukun. Namun apa yang Aku sangkakan pada hari itu tidak benar. Setelah panggilan pertamanya aku abaikan sambil menyorokan kerepek sukun Aku dalam beg, Sopian memanggil Aku berulang-ulang kali sehingga memaksa Aku menoleh beliau dalam keadaan tidak berapa ikhlas. "wei.. ada orang nak jumpa kau kat blakang kelas". Sopian kelihatannya bersungguh-sungguh menyampaikan berita itu. "sape yang nak jumpe aku tu Pian?" tanya Aku dengan sedikit hairan. Sambil mengunyah kerepek " ntah,tp pompuan.. kau pegi la tengok sendiri, nanti aku cover line" Pian menjawab. Nani, Ani, Alin dan Mimi (semua bukan nama sebenar) telah berdiri di belakang kelas menunggu Aku. Mereka juga merupakan rakan sekelasku. Nani menghampiriku dan meghulurkan sekeping kertas seakan berbentuk surat. Aku yang memang sedikit pemalu mengambil kertas tersebut lalu beredar masuk ke kelas, begitu juga Nani dan teman-teman nya. Setelah perenggan demi perenggan Aku amati isi kandungan surat tersebut, tahulah Aku yang Nani meluahkan isi hatinya menyukai Aku dan beliau ingin berjumpa dengan ku sekali lagi sebelum pulang ke rumah.Aku juga menceritakan segalanya kepada teman-teman sekelasku yang lain ingin memohon pendapat atau pandangan. Sepanjang sesi pembelajaran Aku jadi tidak tenang memikirkan isi kandungan surat tadi sambil mata Aku nakal mencuri pandang gelagat Nani. Setelah tamat sesi persekolahan, seperti yang dijanjikan aku berjumpa semula dengan Nani dan teman-temannya. Aku sekali lagi dihulurkan sepucuk surat yang kali ini lebih jiwang kelihatannya. Aku buka sampul surat tersebut dengan sopan satu persatu sehingga menampakan isi kandungan nya.. " JANGAN PERASAN.. APRIL FOOL!!" 4 perkataan yang membuatkan hatiku luluh seperti lirik lagu samsons -luluh- "segenap hatiku luluh lantah mengiringi dukaku dan kehilangan dirimu sungguh ku tak mampu mereda kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu". Mereka beredar membawa haluan sambil mentertawakan Aku. Rupanya dendam tahun lepas mereka pada Aku masih membara. Dendam hadiah katak yang aku berikan april fool tahun lepas berbalas tahun ini.
Namun, hari ini Aku tertawa sinis bila mengenangkan kisah-kisah ketika zaman persekolahan dulu sambil memikirkan April fool's day sebenarnya dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Aku menundukan muka sambil beristighfar malu pernah bersuka ria dengan April fool.
Di sini Aku sertakan sedikit renungan dan pedoman buat kita semua. Sebenarnya perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakansewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskanorang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa initurut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Monday, March 31, 2008
BOiKOT !!!

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH / HOLLAND/ NETHERLAND
- Dutch Lady - Susu
- Ferrero Roche - Coklat
- Wall’s - Ais Krim
- Ing -Insurans
- Planta -Magerin
- Lady’s Choice -Magerin
- Lipton -Teh
- Shell -Minyak
- Knorr -Perisa Makanan
- Dove -Mandian
- Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
- Radiant -Deodoran
- Rexona -Deodoran
- Ponds -Produk Kecantikan
- Kieldsens -Coklat
- Slimfast -Produk Pelangsing
- Lego -Kismis
- Philips -Barangan Elektrik
- Duyvis -Makanan Ringan
- Gouda -Keju
- Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
- Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
- Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
- Labello -Lip Balm
- Pickwick -Teh
- Venz -Mentega Coklat
- Kinder Bueno -Coklat
- Unilever -Syarikat
- -
- -
- Sunsilk -Shampoo
- Fair & Lovely -Produk Kecantikan
- Lux -Mandian
- Vaseline -Lip Balm
- Cif -Pencuci Lantai
- Surf -Pencuci Kain
- Wishbone -Pencuci Kain
- Doriana - Keju Krim
- Bertolli -Minyak Masak
- Clear -Shampoo
- Breeze -Pencuci Kain
- Sun -Pencuci Kain
Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-
sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php
Semua kita berseru, Boikot Belanda dan produknya!!!
Sunday, March 30, 2008
Boikot Belanda / Netherland!!!

Filem bertajuk Fitna itu menafsirkan surah al-Quran daripada persepsi pengarah antiIslam itu yang diselang seli paparan serangan pengganas dan ucapan penuh kebencian dibuat pemimpin ekstremis.
Majlis Islam Belanda membawa kes itu ke sebuah mahkamah semalam bagi menghalang Wilders terus menyiarkan filem berkenaan.
Kerajaan Belanda sudah memberi amaran kepada Wilders yang filem berkenaan boleh mencetuskan kemarahan dunia Islam sama seperti yang pernah berlaku dua tahun lalu apabila lakaran menghina Nabi Muhammad SAW, di siarkan media.
JOM BOIKOT!!! Jangan biarkan agama kita tergadai.
Ringan Sebutan Berat Ganjaran



Saturday, March 29, 2008
BoxOpis... Menanti Sebuah Penantian
